puisi malaysia - VISI CINTA AGUNG

thumbnail

puisi malaysia

puisi malaysia

VISI CINTA AGUNG

Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan

Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan

Anugerah kepada para ambia’ dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya

Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
Mata hati menyelami hakikat dan makrifat
Mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
Sabar setia cinta pada Tuhan Yang Maha Esa

Kelana Putra
TAMAN PERMATA

VISI CINTA AGUNG

thumbnail


VISI CINTA AGUNG

Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan

Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan

Anugerah kepada para ambia’ dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya

Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
Mata hati menyelami hakikat dan makrifat
Mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
Sabar setia cinta pada Tuhan Yang Maha Esa

Kelana Putra
TAMAN PERMATA

RATAPAN HATI

thumbnail


RATAPAN HATI

Ratap hati jiwa jiwaku mengeluh,
Cinta kasih cahaya penyuluh,
Hati turut rinduku patuh,
Asmara ujud bukan disuruh.

Jiwa merana hatiku derita,
Sinar cinta terang pelita,
Asmara kita cinta kita,
Tidak berhujung tidak bertinta.

Ku seru cinta ku sapa rindu,
Ku kabar angin pesan pd mu,
Hujan kasih menitik pilu,
Kembangny cinta hatiku terharu.

Malm berganti siang bersilih,
Ku kejar cinta ku tambat kasih,
Dalam berjuta kau yg ku pilih,
Angan bersatu hati kita bertindih.

Janji dipaku kata dikota,
Cintaku jujur bukanny buta,
Seribu rindu kasih sejuta,
Hati bicara lidah berkata.

Terketar tulang sendi berlaga,
Hilangny arah bila rindu disapa,
Lupakn ibu lupakn bapa,
Kerana cinta diri terlupa.
#Ad Deen

SI DIA

thumbnail


SI DIA

Dia seorang lelaki yang periang,
Tidak pernah ku lihat dia serius
Mahupun marah,
Dia juga suka membuat lawak,
Membuat aku sentiasa senang,
Pabila melihat dia,

Dia juga suka menyakat hampir semua budak perempuan,
Tidak terkecuali aku,
Terkadang membuatkan aku benci terhadap dia,
Tetapi,
Adakah benci ini ada maksud tersiratnya,

Dia seorang yang aktif dalam sukan, 
Segala sukan dia mampu bermain dengan baik,

Aku pelik terhadapnya,
Dia begitu baik terhadap ku,
Sehingga dia memberi harapan kepada ku,
Harapan yang ku inginkan

Tetapi,
Baru ku mengetahui,
Akan kebenarannya,
Yang dia menyukai orang lain,
Bukan aku,
Tapi orang lain,

Sewaktu aku mengetahui akan kebenaran itu,
Hati aku seakan retak,
Retak seribu,
Harapan tinggal harapan,

Selepas itu,
Aku perlu terima hakikat,
Yang kau menyukai orang lain,
Ia bagaikan,
Kaca yang retak dan lebih baik buang dari menjaganya,
Kerna ia menjadi lebih sakit,

Dan kini,
Kau pergi,
Jauh dari aku,
Pergi ke tempat yang terbaik untuk kau,
Dan aku,
Juga pergi ke tempat yang terbaik buat diri ku,

Ku harap suatu hari nanti,
Kita akan bersua kembali,
Moga kau tak lupa,
Segala kenangan yang kau ciptakan,

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

thumbnail

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Kehidupan ini
Merupakan suatu anugerah
Anugerah yang tak terkira nilainya
Umpama bintang-bintang di langit malam
Umpama butir-butir pasir di tepian pantai
Pinjaman yang sangat berharga sesungguhnya
Daripada Sang Pencipta yang maha kuasa

Kehidupan ini 
Kehidupan yang sangat indah
Kehidupan yang memerlukan penjelasan mutlak
Bagi memenuhi matlamat yang satu
Pengabdian diri seorang hamba
Yang daif sifatnya, yang kerdil rupanya

Kehidupan ini
Merupakan sesuatu yang fana'
Ia tidak kekal, ia tidak abadi
Ia tidak selama-lamanya di sini
Tika itu tiada apa yang dapat menghalang
Tika itu perginya jiwa yang tenang
Jiwa yang penuh Nur Illahi.

DUIT DUNIA

thumbnail


DUIT DUNIA

Bagaikan ikan yang dahagakan air di lautan..
Aku meranjau onak duri kehidupan..
Bagaikan burung diangkasa tanpa sayap..
Aku menghitung udara yang lenyap..
Bagaikan sang rimau tanpa tenaga..
Aku menangis di pintu syurga..

Duit yang dulunya membukit..
Kini lenyap didunia yang senja..
Duit yang menyeri dunia..
Kini bagaikan air di lautan manusia..

Tanpa air,mati lah ikan dilautan..
Tanpa sayap,tinggallah burung di daratan..
Tanpa tenaga, tinggallah rimau kelaparan..
Tanpa duit...
Binasalah dunia kegelapan..

KEMBALILAH SAHABAT

thumbnail


Allah Temukan Kita Untuk Bercinta,
Kerana Mata Yang Melihat,
Terus Jatuh Hati Nak Rapat,
Bukan Kerana Rupa Atau Darjat,
Dengan Niat Hanya Sebagai Sahabat,

Semakin Hari Kita Makin Erat,
Tak Jumpa Sehari, Rindu Melarat,
Dilayan Mesra Walau Penat,
Kerana Nikmat Jarang Mendapat,
Engkaulah Sahabat Dunia Akhirat.

Telatah Dan Kerenahmu Cipta Kenangan,
Bersamamu Ada Jua Tangisan,
Kongsi Rahsia Dan Cerita Angan,
Setiap Masa Berlalu Sampai Tak Perasan,
Engkaulah Sahabat, Bukan Kawan.

Tiba Masa Kita Bawa Haluan,
Aku Masih Seperti Dulu,
Tapi Engkau Tak Lagi Begitu,
Bila Jauh, Engkau Sibuk Tak Menentu,
Kawan Kau Pun Dah Beribu,
Sijil Pun Dah Berbuku,
Aku Mula Diam Membisu,
Tiap Masa Aku Ikuti Tiap Pergerakanmu,
Kerana Engkau Sentiasa Di Hatiku,
Ku Harap Engkau Baca Nukilanku,
Bila Engkau Pegang Bintang Di Angkasa,
Jangan Lupa Rumput Yang Kita Pijak Sama,
Bila Engkau Berjaya, Aku Sambut Gembira,
Tapi Ingat Sahabat, Bila Engkau Sedih dan Berduka,
Ambilah Bahuku Percuma...

Aku Sayang Padamu,
Jujur Dari Hatiku,
Aku Sanjung Kamu,
Rindu Kita Seperti Dulu,
Kembalilah Sebelum Mata Terpejam,
Nafas Dan Jantung Terhenti,
Kerna Di Negeri Abadi,
Belum Tentu Kita Bersua Lagi.

DI ASTAKA HATI

thumbnail


DI ASTAKA HATI

Di astaka hati
Dimana terpupuk naluri insani
Kita diduga mentari duniawi
Tanpa kenal maksud
Kita cuba untuk menegur kenal

Tak suai tak usai usaha tersia-sia
Sedang diri di hujung hari
Masih perlahan meniti
Masih tak sedar diri

Astaka kusam tak berlagu
Telah hilang suara
Telah dilupakan kekata liriknya
Telah kekok intonasinya

Sunyi
Tanpa lagu
Tanpa mengenal diri
Dan astaka hati
Kempunan melodi
Lagu ringkas siapa diri ini