Home » , , » ice queen

ice queen

Novel :ice queen
Terbitan Pertama: 2005
Pengarang: Alice Hoffman
Genre: Fiksi, Suspense, Misteri, Fiksi spekulatif
novel,novel alice hoffman
BAB 1
VILA SAKURA
Malam Sabtu. Malam untuk merehatkan badan dan fikiran selepas seminggu bekerja bagi mereka yang berkerjaya dan menuntut ilmu bagi mereka yang bergelar pelajar. Inilah masanya nak berehat bersama keluarga, takpun keluar melepak dengan kawan-kawan. Terpulanglah ikut cita rasa masing-masing.
Tapi bagi aku yang introvert ni, aku lagi suka memerap dalam bilik, baca buku sambil dengar lagu. Lagi best kalau buat dua benda tu sambil duduk kat kerusi malas yang ada di balkoni bilik aku. Layan langit malam sambil ditemani bintang-bintang. Almaklumlah, aku ni bukannya ramai kawan. In fact, aku rasa aku langsung tak ada kawan. Tak ada orang yang nak kawan dengan aku sebabnya aku ni….
Tok, tok, tok.
“Assalamualaikum, Mira. Nek Uda ni. Nenda nak jumpa Mira dekat ruang tamu sekarang.” Kedengaran suara wanita pertengahan abad itu di sebalik pintu. Aku yang sedang terbaring atas katil cepat-cepat membuka pintu.
“Waalaikummusalam Nek. Kenapa pulak nenda nak jumpa Mira tiba-tiba?” soalku kehairanan. Tiba-tiba pulak nenda nak jumpa. Sebelum ni, nak tengok muka kat rumah pun payah. Aku bangun tidur, nenda dah pergi kerja. Aku masuk tidur, nenda belum sampai rumah lagi. Sunyi tak usah cakaplah.
Semenjak kematian kedua ibu bapa aku waktu aku umur 5 tahun, aku dibesarkan oleh nendaku, Engku Nafisah. Masa aku kecil dulu, nenda menatangku dengan penuh kasih sayang. Apa yang aku mahu, semua ditunaikan. Aku sangat rapat dengan nenda sampaikan ke mana sahaja nenda pergi akan aku ikut. Tapi semenjak aku melangkah ke alam sekolah menengah, hubungan kami menjadi renggang. Nenda terlalu sibuk dengan urusan syarikat. Aku pernah cuba untuk merapatkan kembali hubungan kami, tapi nenda seakan-akan tidak mempedulikan aku. Aku sendiri tak faham kenapa. Sedih memang sedih. Namun, lama-kelamaan aku jadi lali. Nenda ada ke tak ada, aku buat tak kisah. Bukannya dia sayang aku. Kalau sayang, dia takkan abaikan aku, satu-satunya cucu dia, ya tak?
“Haa Mira! Menung apa lagi tu? Cepat turun. Nanti marah pulak nenda tu kalau kamu lambat.”
“Alaa Nek Uda. Kalau Mira tak turun boleh tak? Mira malaslah. Tiba-tiba pulak nenda nak jumpa. Sebelum ni nak tengok muka pun payah,” rungutku. Berubah muka Nek Uda mendengar rungutanku.
“Heishh kamu ni! Ada pulak kata macam tu? Dah dah turun cepat. Ke kamu nak nenek yang tarik kamu?” ugut Nek Uda. Hailahh… Nak tak nak, kena jugak turun menghadap nenda.
“Yalah yalah Mira turun.” kataku lalu terus menuruni tangga satu persatu. Karang kalau tak ikut cakap Nek Uda, mau merah telinga kena piat. Sakit woo.. Walaupun Nek Uda tu cuma orang gaji di rumah ini, aku sudah menganggapnya seperti nenekku sendiri. Sebabnya dia yang menjadi pengasuh aku sejak aku tinggal di rumah nenda ini.
Pintu kuketuk dan salam kuberi sebelum memasuki bilik bacaan nenda.
“Masuk.”
Nenda sedang membaca buku. Aku masuk tanpa banyak bicara lalu terus duduk di kerusi berhadapan dengan nenda. Nenda menghentikan pembacaannya. Kini, tumpuannya 100% terhadap aku.
‘Gerun pulak rasa tiba-tiba je kena jumpa nenda ni. Mesti ada benda penting. Kalau tak mana nenda nak jumpa aku.’ Hatiku berbisik sendiri. Tipikal seorang Amirah Hani. Suka buat andaian melulu.
“Mira sihat?” tanya nenda. Aku terkedu. Nenda tanya khabar aku ke?
“Sihat. Sihat walafiat.”
“Nenda ada benda nak cakap dengan Mira. Mira dengar baik-baik.”
Kan aku dah cakap? Kalau tak ada benda penting takdenya nenda nak jumpa aku. Tiba-tiba hati aku rasa pedih. Rasa macam nak nangis pun ada.
“Apa dia?” soalku, cuba menyembunyikan rasa pedih dalam hati. Sabar Mira, sabar..
“Nenda dah buat keputusan. Bermula minggu depan, nenda akan pindahkan Mira ke sekolah baru. Sekolah asrama.”
Sumpah aku terkejut bila dengar nenda cakap macam tu. Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup nak masukkan aku kat sekolah asrama. Kekacauan apakah ini?!
“Jap jap. Apa ni nenda? Tiba-tiba je nak pindahkan Mira masuk sekolah asrama. Nenda mana boleh buat macam ni! At least, bincang dulu ngan Mira. Tak boleh ke?”
Rasa nak mengamuk pun ada! Mana boleh sesuka hati buat aku macam ni. Ingat aku ni tunggul ke? Bukan nak kurang ajar, tapi boleh kan kalau bincang dulu? Sabar Mira, sabar..
“Nenda tak nak dengar apa-apa dah. Keputusan nenda muktamad. By hook or by crook, Mira akan mendaftar masuk sekolah tu. Titik!”
Sah! Dah tak boleh bangkang, dah tak boleh nak berbahas dah. Nenda takkan dengar cakap aku. Hitam kata nenda, maka hitamlah. Dah tak ada ruang warna lain nak masuk. Takkan ada.
“Kalau dah itu kata nenda, Mira dah tak boleh buat apa. Yelah, Mira ni siapa? Macam dah tak ada hak nak tentukan hidup Mira sendiri. Ikut suka hati nendalah. Mira nak masuk bilik. Assalamualaikum.”
Aku ingin cepat-cepat pergi dari sini. Aku takut makin lama aku di bilik bacaan nenda, aku akan lebih berkurang ajar. Aku masih waras. Apa-apapun, nenda itu tetap darah daging aku sendiri. Yang telah memelihara aku sejak kecil. Aku tak nak derhaka.
“Apa pun yang Mira fikir, satu saja nenda nak Mira ingat sampai bila-bila. Apa yang nenda buat, semua untuk kebaikan Mira.”
Itu kata-kata terakhir nenda sebelum dia menyambung pembacaannya. Aku agak keliru bila nenda cakap macam tu. Tapi aku malas nak fikir panjang. Terus aku lari masuk bilik. Stress!
KOLEJ YAYASAN TENGKU IBRAHIM
“Su japgi pergi prep petang sekali eh?”
“Okey!”
Surya membalas lambaian Sarah. Meletus ketawa kecil dari bibir comelnya apabila melihat Sarah tersadung kerana hampir terlanggar pasu bunga.
“Kartun betullah Sarah ni. Nama je Head Girl,” ujarnya sendiri.
Surya mengagau tangannya ke dalam beg untuk mencari kunci bilik, namun perlakuannya terhenti apabila menyedari ada sepasang kasut asing berada di hadapan biliknya.
“Siapa punya kasut pulak ni? Aku salah bilik ke?”
Bila dilihat label bilik, ternyata dia tidak salah. Memang betul biliknya. A-2-5.
“Ada orang baru masuk ke? Ahh redah jelah. Assalamualaikum!”
Seraya membuka pintu bilik, matanya tertancap kepada seorang gadis yang sedang duduk di atas katil sambil khusyuk membaca sesuatu.
“Waalaikummusalam.” Seketika mata mereka bertemu, namun gadis tersebut kembali mengalihkan perhatiannya kepada kertas di tangan.
Surya masuk ke dalam bilik lalu meletakkan begnya di atas katil. Dia kemudiannya mendekati gadis itu.
“Hai. nama saya Surya. Boleh panggil Su saja. Awak ni baru masuk eh?” Surya menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan. Gadis itu memandangnya dengan pandangan kosong. Huluran tangan Surya disambut. Surya tersenyum lega.
‘At least dia sambut salam perkenalan aku. Aku harap kau tak sombong roommate baru. Tolonglah~’

“Nama awak siapa eh?” Surya masih tidak mengaku kalah. Gadis di hadapannya nampak dingin lagi beku, tapi dia dapat merasakan bahawa gadis itu bukanlah seorang yang sombong.
“Amirah Hani binti Abdul Halim. Just call me Mira.”
Surya tersenyum buat kesekian kalinya.
Thanks for reading ice queen

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »